RSS
Write some words about you and your blog here

Di Mana Cintaku 3

"Untuk apa aku dihidupkan di dunia ni?"
"Ke mana aku selepas ini?"
"Adakah aku hidup semata mata untuk mengejar cinta manusia?"
Selepas apa yg berlaku,persoalan ni timbul jauh di sudut hati aku yg penuh dgn dosa..memang cinta itu fitrah manusia..namun Allah jadikan akal untuk kita berfikir, Allah berikan kita Iman untuk berpegang teguh pada talinya iaitu Islam..namun,apa yg dah aku lakukan dengan nikmat pemberian Allah itu?

Aku byk habiskan masa,bazirkan air mata untuk cinta manusia yg x kekal ke mana..pernah sekali aku murung dan banyak bersedih sbb peristiwa masa di kolej dlu..bila ingat balik,Ya Allah...jahilnya aku..cinta Allah aku ketepikan..cinta manusia aku dulukan..lepas kecewa dgn peristiwa tu,aku lebih byk muhasabah diri skrg..bkn aku dah jadi alim tp aku berusaha untuk jadi hamba Allah yg betul2 memahami apa itu Islam,apa itu Iman dan apa itu cinta..


 

Kadang2 terlintas juga di fikiran aku..adakah Allah belum ketemukan aku dgn cinta manusia disebabkan Dia ingin aku cari cintaNya dlu???Ya Allah...jika betul maka besarlah hikmahMu itu...sampai ke hari ini aku masih tercari2 di mana cinta Allah...pada waktu aku mencari sinar cinta Allah,kadang2 datang juga cinta manusia yg lebih kuat..maklum la bila dah mula belajar di universiti,makin ramai hiasan duniawi yg indah2 belaka yg aku jumpa..malah ada hiasan duniawi yg terpelihara kemas dengan niqab dan tudung yg melabuh..

Walaupun begitu,aku tetapkan pendirian aku untuk tidak mengecewakan cinta Allah..ibadah aku sempurnakan lagi,aku lebihkan sedikit masa dari yg biasanya dgn menatap dan membaca kalam Allah dengan harapan aku akan terus istiqamah untuk mencintaiNya..aku pun manusia biasa..dalam usaha membaiki diri aku,kekadang aku menemui kegagalan..apalah aku ni..baru  nk berubah tp bila dpt ujian sikit dah lupa diri balik..

Untuk kali ni,aku kongsikan kisah terbaru aku dengan pembaca sekalian..sekali lagi diingatkan perkongsian ini bukan untuk meraih simpati atau perhatian,tujuan yg sebenarnya adalah untuk mentarbiyah diri aku ketika menulis blog ini..dan jika pembaca rasa ada nilai yg baik,maka ambil lah apa yg baik itu untuk dijadikan saham akhiratku..semoga bermanfaat..


Segala kejadian yg berlaku di kolej dulu aku cuba untuk lupakan khususnya semua yg mengenai"bekas penolong aku"...Manirah (bukan nama sebenar)pun banyak juga bagi nasihat untuk aku..kuatkan semangat aku balik..skrg ni pun aku dah tak berhubung dengan "penolong aku" tu...kebanyakan laman sosial dia aku block sebagai usaha nk lupakannya...dengan Zul pun sama..aku bukannya berdendam dengan Zul tp aku cuba untuk lupakan perasaan aku yg dulu..biar lah mereka bersama jika itu dah jodoh mereka..perancangan Allah itu adalah yg terbaik..Dia lah yg Maha tahu..

Aku pun mula nak suaikan diri dengan suasana baru di UPM..cari sahabat yg baru,hidup yg baru,dan cinta yg baru yakni cinta dariNya..insyaAllah..rutin harian adalah tunggu bas dan ke kuliah..setiap pagi kalau x jd sardin memang tak sah..fakulti aku bukannya dekat main campus tp dekat luar universiti..tak jauh sangat la..bas untuk ke fakulti aku pula tak banyak jadi bila masing2 nak cepat,semua main sumbat je dalam bas..lelaki perempuan pun dah jadi kebiasaan bila tersentuh..alahai basku..ada yg duduk di tangga,2 kerusi kongsi 3 orang,duduk dekat cermin depan la..hahaha tu dah memang biasa dah

Kalau hari Isnin,aku akan ad satu kursus tu yg jadikan coure aku satu kuliah dengan satu coure yg lain..jumpa sahabat baru lagi la..kalau dalam lkuliah ebih senang nak berkenalan kan..sebelum ni aku masuk kuliah tu biasa2 je..tak ada lah perasaan cintan cintun ni..tapi kali ni aku masuk kuliah awal..student pun  tak ramai lagi masa tu..jadi aku gunakan manfaat wifi free untuk buka laman sosial aku..hahaha kalau mengaji kan lagi bagus..makin lama,student yg masuk pun makin ramai..sampai lah satu student yg lain daripada yg lain ni masuk..

Tubuhnya bertutup likup..ditutup auratnya dengan sempurna sekali..sememangnya wanita adalah hiasan dunia..sudah dibungkus rapi namun keindahannya masih dapat dirasai auranya...besarnya kuasa Allah..mula2 aku tak perasan sangat..aku buat mcm biasa sampai lah kuliah habis..entah kenapa bola mata aku ni jadi liar tetiba ..mata aku beralih kepada wanita yg berniqab tadi..Ya Allah dia mirip "penolong aku"Lillahi..bukan pada wajahnya tp pada cara dia berjalan,dia duduk,ketinggian,lemah lembut dan dia juga bermata empat..suaranya pun mirip2..aku tak pasti sama ada ni semua bayangan aku saja ke ataupun realiti..tp aku sangat2 pasti yg dia memang mirip2 "penolong"..


Aku bukannya kaki skodeng tapi semua ciri2 tu aku perasan bila aku berselisih dngan dia dan masa dia buat presentation dekat depan..aku dah cuba untuk lupakan "penolong"tapi kenapa ingatan aku pada dia dikembalikan..Allahurabbi apakah perancanganMu..

Bila difikirkan balik,adakah Allah dah temukan orang yang tepat untuk aku?Ditakdirkan bas yg aku balik kampung untuk cuti sem sama dengan dia..bas catar je sbb tu sama..masa nk cari nama tu,aku terjumpa nama dia dekat senarai penumpang..aku tahu nama dia pun sbb masa nak tanda tangan kehadiran kuliah..aku sempat lihat nama dia masa dia nk sign..dah rezeki aku..mula2 tu aku takut jgk nk hantar mesej dekat dia..dekat sebulan lebih juga la aku simpan no dia..lama kelamaan aku nekad nak mesej..

Mesej pertama yg aku hntar,first sekali aku tanya dia sudah bertunang ke belum sbb masa kuliah hari tu aku perasan ada cincin dekat jari dia..
 
 kalau lah dia sudah bertunang,aku tak nak ganggu sbb kata Ustaz Azhar Idrus,berdosa kalau kita ganggu orang yang sudah bertunang...bila dia balas je,tetiba aku happy semacam..rasa macam aku ni bahagia sangat dah..haha tu baru terima mesej kan..belum terima nak kawin lagi.. rupa2nya  dia cakap tu cuma cincin biasa ..bukannya cincin tunang..masa tu aku lagi bahagia la..aku cuma nk berkenalan dari hati ke hati dan kalau boleh nk kenal hati budi dia la macam mana...

Makin lama aku bkenalan dgn dia makin akrab pula...aku pun mula lah tanya soalan yg selama ni menjadi tanda tanya dalam hidup aku mengenai wanita yg berniqab ni...antara soalan yg aku tanya ialah macam mana kalau diorang makan dekat kenduri kawin org..makan sorok2 ke mcm mana..hahaha tanya tu bukan nak mengorat tp perasaan ingin tahu je...dia pernah tanya aku mcm mana aku boleh kenal dia yg mana satu sedangkan wanita yg berniqab kat sini ramai..


"tak tahu la..dalam kelas tu bila jumpa kamu terasa lain je hati ni..wallahualam perasaan yg baik atau pun hasutan syaitan...tp insyaAllah perasaan yg baik"
"bila selisih dgn wanita lain yg berniqab,sy tak rasa apa2..biasa je..tp bila bersilisih dengan kamu,hati sy rasa lain..nak pandang kamu pun sy tak berani"

Itulah antara ayat yg aku luahkan pada dia..semua itu memang berlaku dan aku jujur dengannya..jauh di sudut hati aku yg kecil dan hina ini,aku ingin sangat jadikan dia teman hidup aku..family aku skrg ni pun dah open..diorang tak kisah pun klau anak2 nak kawin awal asalkan berkemampuan..tambah2 lg ayah aku..dia tak bagi kalau anak dia nak bertunang..dia nak sruh kawin terus..ye la kalau bertunang pun bkn ada kelebihan pun..tujuannya nak tempah tiket je dan nak tunjukkan dekat orang lain yg seseorang itu akan dimiliki oleh orang lain...walaupun begitu,batasan anatara lelaki dan perempuan masih lagi tidak gugur..malah dengan bertunang belum tentu lagi boleh mengelakkan maksiat...ini dalah sekadar pandangan peribadi sahaja..

Hari2 silih berganti..kami sepakat ingin lakukan istikharah buat petunjuk Allah samaada pilihan yg kami buat ini adalah yg terbaik ataupun tidak...aku pun berazam nak lakukan istikharah..sblum ni dah nak buat tapi tak jadi..biasalah manusia..slalu awl2 semangat nk buat tp bila dah sampai timenya,xbuat pula..haha aku pun selalu juga lah macam tu..tp insyaAllah akan aku cuba ubah sikap aku yg buruk tu...

Dengan izinNya,aku buka laman sosial fb aku..tiba2 ada mesej dari pemilik akaun fb yg aku tak kenal..


"assalamualaikum..apa khabar..sihat?aku nak pesan tolong jangan ganggu Qisha (bukan nama sebenar) lagi..sebenarnya aku dengan Qisha dah bertunang..kami buat diam pasal ni sbb tak nak bagi orang ramai tahu yang kami dah bertunang..jadi aku harap ko tak ganggu dia lagi..kalau ko betul2 nakkan dia,kita jumpa"

Bila baca je text ni,aku termenung jauh..terkejut pun ada..macam2 persoalan timbul di fikiran aku..

"Qisha tipu aku ke"
"sebenarnya Qisha tak suka dengan cara aku ke"
"betul ke Qisha dah bertunang"
"ke Qisha minta tolong kawan dia nk sruh berlakon jadi tunang dia sbb tak suka dengan aku"

Perkara yg paling aku tak suka terjadi lagi dalam hidup aku..adakah ini dah memang bahagian aku di dunia ni untuk tidak mendapatkan cinta manusia? Ya Allah apa hikmahMu Ya Allah..lepas satu2 aku gagal...lepas peristiwa tu,aku sudah tak berhubung lagi dengan Qisha..aku cuba untuk lupakan dia dengan membuang semua perkara yg berkaitan dengan dia..aku delete no telefon dan fb dia aku block..bukan la sbb aku benci Qisha tp aku tak mahu jadi penghalang atau orang ketiga dalam hidupnya..

Terkadang aku terfikir aku suka dekat Qisha ni sebab memang betul2 ikhlas perasan aku ke sebab dia mirip "penolong" aku?biarlah..kalau fikir pun sampai bila tak habis..aku serahkan segalanya pada Allah..

Hmmm...

kita sebagai hambanya memang selalu merancang tapi kita perlu sedar yang Allah juga merancang dan perancanganNya tu adalah yg terbaik..niat aku untuk buat solat istikharah aku batalkan..

Aku fikir mungkin Allah ingin aku luangkan lebih masa untuk mencari cinta yg sebenar benarnya,cinta yg tulus,cinta yang ikhlas,cinta yang kekal untuk selama lamanya...iaitu Cinta pada Allah dan Rasul..itu lah cinta yag Dia mahukan aku pupuk dalam diri aku sebab selama ni aku sibuk mengejar perkara duniawi dan meletakkan hal agama itu selepas dunia...Allahurabbi

Alhamdulillah..walaupun aku sentiasa menemui kegagalan dalam mencari cinta manusia,namun Allah menggantikannya dengan CintaNya..sudah serik hati ini aku berikan kepada manusia..lebih baik ianya diberikan kepada yang Esa kerana nescaya cinta itu akan terbalas tanpa sebarang kekecewaan..

Cintailah Allah kerana Allah akan mencintaimu sebagaimana kita mencintaiNya..aku serah kan jodoh aku kepadaNya..insyaAllah aku akan menerima Qada' dan Qadar Allah..ujian lah yg menjadikan kita sbg hambaNya yg lebih kuat..usahlah bersedih  bila cinta kita tidak seperti apa yg kita inginkan kerana setiap daripada kita masih lagi punya cinta Allah yg tidak akan pernah dikecewakan olehNya..baru kini Ku Temu Cintaku...

Bak kata imam Syafei "cintai lah orang yg mencitai Allah kerana org yg  berani meninggalkan Allah itu tidak mustahil akan meninggalkan kamu juga"

Wallahualam..segala kebaikan itu dari Allah dan yg buruk itu dari diri sy sendiri..
Semoga ada yg boleh dijadikan pengajaran..

-KunFayaKun-
("Jadilah",maka jadila ia )