RSS
Write some words about you and your blog here

Di Mana Cintaku 3

"Untuk apa aku dihidupkan di dunia ni?"
"Ke mana aku selepas ini?"
"Adakah aku hidup semata mata untuk mengejar cinta manusia?"
Selepas apa yg berlaku,persoalan ni timbul jauh di sudut hati aku yg penuh dgn dosa..memang cinta itu fitrah manusia..namun Allah jadikan akal untuk kita berfikir, Allah berikan kita Iman untuk berpegang teguh pada talinya iaitu Islam..namun,apa yg dah aku lakukan dengan nikmat pemberian Allah itu?

Aku byk habiskan masa,bazirkan air mata untuk cinta manusia yg x kekal ke mana..pernah sekali aku murung dan banyak bersedih sbb peristiwa masa di kolej dlu..bila ingat balik,Ya Allah...jahilnya aku..cinta Allah aku ketepikan..cinta manusia aku dulukan..lepas kecewa dgn peristiwa tu,aku lebih byk muhasabah diri skrg..bkn aku dah jadi alim tp aku berusaha untuk jadi hamba Allah yg betul2 memahami apa itu Islam,apa itu Iman dan apa itu cinta..


 

Kadang2 terlintas juga di fikiran aku..adakah Allah belum ketemukan aku dgn cinta manusia disebabkan Dia ingin aku cari cintaNya dlu???Ya Allah...jika betul maka besarlah hikmahMu itu...sampai ke hari ini aku masih tercari2 di mana cinta Allah...pada waktu aku mencari sinar cinta Allah,kadang2 datang juga cinta manusia yg lebih kuat..maklum la bila dah mula belajar di universiti,makin ramai hiasan duniawi yg indah2 belaka yg aku jumpa..malah ada hiasan duniawi yg terpelihara kemas dengan niqab dan tudung yg melabuh..

Walaupun begitu,aku tetapkan pendirian aku untuk tidak mengecewakan cinta Allah..ibadah aku sempurnakan lagi,aku lebihkan sedikit masa dari yg biasanya dgn menatap dan membaca kalam Allah dengan harapan aku akan terus istiqamah untuk mencintaiNya..aku pun manusia biasa..dalam usaha membaiki diri aku,kekadang aku menemui kegagalan..apalah aku ni..baru  nk berubah tp bila dpt ujian sikit dah lupa diri balik..

Untuk kali ni,aku kongsikan kisah terbaru aku dengan pembaca sekalian..sekali lagi diingatkan perkongsian ini bukan untuk meraih simpati atau perhatian,tujuan yg sebenarnya adalah untuk mentarbiyah diri aku ketika menulis blog ini..dan jika pembaca rasa ada nilai yg baik,maka ambil lah apa yg baik itu untuk dijadikan saham akhiratku..semoga bermanfaat..


Segala kejadian yg berlaku di kolej dulu aku cuba untuk lupakan khususnya semua yg mengenai"bekas penolong aku"...Manirah (bukan nama sebenar)pun banyak juga bagi nasihat untuk aku..kuatkan semangat aku balik..skrg ni pun aku dah tak berhubung dengan "penolong aku" tu...kebanyakan laman sosial dia aku block sebagai usaha nk lupakannya...dengan Zul pun sama..aku bukannya berdendam dengan Zul tp aku cuba untuk lupakan perasaan aku yg dulu..biar lah mereka bersama jika itu dah jodoh mereka..perancangan Allah itu adalah yg terbaik..Dia lah yg Maha tahu..

Aku pun mula nak suaikan diri dengan suasana baru di UPM..cari sahabat yg baru,hidup yg baru,dan cinta yg baru yakni cinta dariNya..insyaAllah..rutin harian adalah tunggu bas dan ke kuliah..setiap pagi kalau x jd sardin memang tak sah..fakulti aku bukannya dekat main campus tp dekat luar universiti..tak jauh sangat la..bas untuk ke fakulti aku pula tak banyak jadi bila masing2 nak cepat,semua main sumbat je dalam bas..lelaki perempuan pun dah jadi kebiasaan bila tersentuh..alahai basku..ada yg duduk di tangga,2 kerusi kongsi 3 orang,duduk dekat cermin depan la..hahaha tu dah memang biasa dah

Kalau hari Isnin,aku akan ad satu kursus tu yg jadikan coure aku satu kuliah dengan satu coure yg lain..jumpa sahabat baru lagi la..kalau dalam lkuliah ebih senang nak berkenalan kan..sebelum ni aku masuk kuliah tu biasa2 je..tak ada lah perasaan cintan cintun ni..tapi kali ni aku masuk kuliah awal..student pun  tak ramai lagi masa tu..jadi aku gunakan manfaat wifi free untuk buka laman sosial aku..hahaha kalau mengaji kan lagi bagus..makin lama,student yg masuk pun makin ramai..sampai lah satu student yg lain daripada yg lain ni masuk..

Tubuhnya bertutup likup..ditutup auratnya dengan sempurna sekali..sememangnya wanita adalah hiasan dunia..sudah dibungkus rapi namun keindahannya masih dapat dirasai auranya...besarnya kuasa Allah..mula2 aku tak perasan sangat..aku buat mcm biasa sampai lah kuliah habis..entah kenapa bola mata aku ni jadi liar tetiba ..mata aku beralih kepada wanita yg berniqab tadi..Ya Allah dia mirip "penolong aku"Lillahi..bukan pada wajahnya tp pada cara dia berjalan,dia duduk,ketinggian,lemah lembut dan dia juga bermata empat..suaranya pun mirip2..aku tak pasti sama ada ni semua bayangan aku saja ke ataupun realiti..tp aku sangat2 pasti yg dia memang mirip2 "penolong"..


Aku bukannya kaki skodeng tapi semua ciri2 tu aku perasan bila aku berselisih dngan dia dan masa dia buat presentation dekat depan..aku dah cuba untuk lupakan "penolong"tapi kenapa ingatan aku pada dia dikembalikan..Allahurabbi apakah perancanganMu..

Bila difikirkan balik,adakah Allah dah temukan orang yang tepat untuk aku?Ditakdirkan bas yg aku balik kampung untuk cuti sem sama dengan dia..bas catar je sbb tu sama..masa nk cari nama tu,aku terjumpa nama dia dekat senarai penumpang..aku tahu nama dia pun sbb masa nak tanda tangan kehadiran kuliah..aku sempat lihat nama dia masa dia nk sign..dah rezeki aku..mula2 tu aku takut jgk nk hantar mesej dekat dia..dekat sebulan lebih juga la aku simpan no dia..lama kelamaan aku nekad nak mesej..

Mesej pertama yg aku hntar,first sekali aku tanya dia sudah bertunang ke belum sbb masa kuliah hari tu aku perasan ada cincin dekat jari dia..
 
 kalau lah dia sudah bertunang,aku tak nak ganggu sbb kata Ustaz Azhar Idrus,berdosa kalau kita ganggu orang yang sudah bertunang...bila dia balas je,tetiba aku happy semacam..rasa macam aku ni bahagia sangat dah..haha tu baru terima mesej kan..belum terima nak kawin lagi.. rupa2nya  dia cakap tu cuma cincin biasa ..bukannya cincin tunang..masa tu aku lagi bahagia la..aku cuma nk berkenalan dari hati ke hati dan kalau boleh nk kenal hati budi dia la macam mana...

Makin lama aku bkenalan dgn dia makin akrab pula...aku pun mula lah tanya soalan yg selama ni menjadi tanda tanya dalam hidup aku mengenai wanita yg berniqab ni...antara soalan yg aku tanya ialah macam mana kalau diorang makan dekat kenduri kawin org..makan sorok2 ke mcm mana..hahaha tanya tu bukan nak mengorat tp perasaan ingin tahu je...dia pernah tanya aku mcm mana aku boleh kenal dia yg mana satu sedangkan wanita yg berniqab kat sini ramai..


"tak tahu la..dalam kelas tu bila jumpa kamu terasa lain je hati ni..wallahualam perasaan yg baik atau pun hasutan syaitan...tp insyaAllah perasaan yg baik"
"bila selisih dgn wanita lain yg berniqab,sy tak rasa apa2..biasa je..tp bila bersilisih dengan kamu,hati sy rasa lain..nak pandang kamu pun sy tak berani"

Itulah antara ayat yg aku luahkan pada dia..semua itu memang berlaku dan aku jujur dengannya..jauh di sudut hati aku yg kecil dan hina ini,aku ingin sangat jadikan dia teman hidup aku..family aku skrg ni pun dah open..diorang tak kisah pun klau anak2 nak kawin awal asalkan berkemampuan..tambah2 lg ayah aku..dia tak bagi kalau anak dia nak bertunang..dia nak sruh kawin terus..ye la kalau bertunang pun bkn ada kelebihan pun..tujuannya nak tempah tiket je dan nak tunjukkan dekat orang lain yg seseorang itu akan dimiliki oleh orang lain...walaupun begitu,batasan anatara lelaki dan perempuan masih lagi tidak gugur..malah dengan bertunang belum tentu lagi boleh mengelakkan maksiat...ini dalah sekadar pandangan peribadi sahaja..

Hari2 silih berganti..kami sepakat ingin lakukan istikharah buat petunjuk Allah samaada pilihan yg kami buat ini adalah yg terbaik ataupun tidak...aku pun berazam nak lakukan istikharah..sblum ni dah nak buat tapi tak jadi..biasalah manusia..slalu awl2 semangat nk buat tp bila dah sampai timenya,xbuat pula..haha aku pun selalu juga lah macam tu..tp insyaAllah akan aku cuba ubah sikap aku yg buruk tu...

Dengan izinNya,aku buka laman sosial fb aku..tiba2 ada mesej dari pemilik akaun fb yg aku tak kenal..


"assalamualaikum..apa khabar..sihat?aku nak pesan tolong jangan ganggu Qisha (bukan nama sebenar) lagi..sebenarnya aku dengan Qisha dah bertunang..kami buat diam pasal ni sbb tak nak bagi orang ramai tahu yang kami dah bertunang..jadi aku harap ko tak ganggu dia lagi..kalau ko betul2 nakkan dia,kita jumpa"

Bila baca je text ni,aku termenung jauh..terkejut pun ada..macam2 persoalan timbul di fikiran aku..

"Qisha tipu aku ke"
"sebenarnya Qisha tak suka dengan cara aku ke"
"betul ke Qisha dah bertunang"
"ke Qisha minta tolong kawan dia nk sruh berlakon jadi tunang dia sbb tak suka dengan aku"

Perkara yg paling aku tak suka terjadi lagi dalam hidup aku..adakah ini dah memang bahagian aku di dunia ni untuk tidak mendapatkan cinta manusia? Ya Allah apa hikmahMu Ya Allah..lepas satu2 aku gagal...lepas peristiwa tu,aku sudah tak berhubung lagi dengan Qisha..aku cuba untuk lupakan dia dengan membuang semua perkara yg berkaitan dengan dia..aku delete no telefon dan fb dia aku block..bukan la sbb aku benci Qisha tp aku tak mahu jadi penghalang atau orang ketiga dalam hidupnya..

Terkadang aku terfikir aku suka dekat Qisha ni sebab memang betul2 ikhlas perasan aku ke sebab dia mirip "penolong" aku?biarlah..kalau fikir pun sampai bila tak habis..aku serahkan segalanya pada Allah..

Hmmm...

kita sebagai hambanya memang selalu merancang tapi kita perlu sedar yang Allah juga merancang dan perancanganNya tu adalah yg terbaik..niat aku untuk buat solat istikharah aku batalkan..

Aku fikir mungkin Allah ingin aku luangkan lebih masa untuk mencari cinta yg sebenar benarnya,cinta yg tulus,cinta yang ikhlas,cinta yang kekal untuk selama lamanya...iaitu Cinta pada Allah dan Rasul..itu lah cinta yag Dia mahukan aku pupuk dalam diri aku sebab selama ni aku sibuk mengejar perkara duniawi dan meletakkan hal agama itu selepas dunia...Allahurabbi

Alhamdulillah..walaupun aku sentiasa menemui kegagalan dalam mencari cinta manusia,namun Allah menggantikannya dengan CintaNya..sudah serik hati ini aku berikan kepada manusia..lebih baik ianya diberikan kepada yang Esa kerana nescaya cinta itu akan terbalas tanpa sebarang kekecewaan..

Cintailah Allah kerana Allah akan mencintaimu sebagaimana kita mencintaiNya..aku serah kan jodoh aku kepadaNya..insyaAllah aku akan menerima Qada' dan Qadar Allah..ujian lah yg menjadikan kita sbg hambaNya yg lebih kuat..usahlah bersedih  bila cinta kita tidak seperti apa yg kita inginkan kerana setiap daripada kita masih lagi punya cinta Allah yg tidak akan pernah dikecewakan olehNya..baru kini Ku Temu Cintaku...

Bak kata imam Syafei "cintai lah orang yg mencitai Allah kerana org yg  berani meninggalkan Allah itu tidak mustahil akan meninggalkan kamu juga"

Wallahualam..segala kebaikan itu dari Allah dan yg buruk itu dari diri sy sendiri..
Semoga ada yg boleh dijadikan pengajaran..

-KunFayaKun-
("Jadilah",maka jadila ia )

Di Mana Cintaku 2

Assalamualaikum wbr...
Alhamdulillah masih dipanjangkan lg umur oleh-Nya utk terus beribadat kepada-Nya...
Alhamdulillah Ya Rabb...kali ni sy akan melanjutkn lg kisah pncarian saya dalam mencari cinta sejati..haha ayat jiwang tu..

Akhir bulan 5 tahun 2012,aku mendaftarkn diri di Kolej MARA Kulim..dkat sini aku belajar matrikulasi program 1 tahun..so aku habis dlm hujung bulan 4 2013...masa nk daftar tu family aku yg hntar..lpas siap dftar je,semua family aku dah nak balik dah..haaaa time ni la sebak dah mula datang..masa ni aku memang nk menangis sbb pertama kali aku  tggl jauh dgn family..sblum ni asrama dkat skolah yg lama tu tak lah jauh sgt dengan rumah aku...tp xper..aku control emosi aku sbb tak nak bg family aku namapak aku nangis..kat luar aku  nmpak rilek jer padahal kat dlm ni,hmm Allah jer yg tahu..klau boleh aku nk balik rumah semula..haha biasa la homesick tahap kritikal..

Aku naik bilik dengan perasaan yg sedih dan simpan brg2 yg sepatutnya..hari tu sehari suntuk aku moody..tp nasib baik kwn aku Aidil(bukan nama sebenar) masa skolah menengah dlu dpt kolej ni jgk..so boleh lah buat teman smentara nk biasakan diri dengan persekitaran yg baru..kitorang dlu masa kat skolah memang rapat la..sama2 masuk air..tp dia pndai sikit drpd aku..kalau nk tnye pasal sains,sahabat2 yg lain semua nk pergi cari dia..boleh dikatakan dia tu bapak sains la...hahaha 


Kali ni aku set tak nak lg berkasih2 dan berparan..aku nk habiskan matrikulasi dengan CGPA yg tggi.."no woman no cry"kahkah prnah dengarkan ayat tu..Masa minggu orentasi,student baru mcm aku ni diberi borang utk melibatkn diri dlm pertubuhan kolej..time tu satu borang pon aku tak isi..tiba2 borang utk menyertai Persatuan Agama Islam Kolej kalau tak silap la..aku pon dah lupa dah nama biro kerohanian kolej tu..tp aku x join sbb aku dah set nk fokus utk study jer kali ni..aku xnak join apa2 program lg..tmbah2 biro kerohanian sbb aku fikir ilmu aku tntang agama tak byk sgt..so nnti kalau org tnye psal hukum ke,pasal ibadah ke,mcm mana aku nk jwb...masa tu mcm tu la mind set aku..blum apa2 lg dah menyerah kalah..xnak berusaha menyebarkan syiar Islam..itu la aku masa tu..jumud sgt pemikiran..

KunFayaKun-"Jadilah"maka jadilah dia.
(Apabila Allah berkehendak ke atas sesuatu,maka terjadilah)

Takdir Allah menarik aku utk menyertai biro kerohanian padahal dari awl aku tolak mentah2 tawaran tu..namun Allah menghantar seorang sahabat kepada aku..dia tak henti2 ajak aku join..berkali kali dia ajak tp x pernah pon aku setuju..

Pada prjumpaan Lajnah utk Biro Kerohanian yg pertama,dia ajak aku skali..dia ckp tak nak masuk tak apa..sekurang kurangnya dtg tengok jer..aku pon sbb nk ambil hati dia aku ikut je la sbb dah byk kali aku tolak pelawaan dia..masa perjumpaan tu kitorang dibahagikan mengikut lajnah..sahabat aku tu dia sorang je lelaki dlm lajnah dia..yg lain semua perempuan..dia ckp masa dftar tu ramai lelaki yg nk sertai tp bila buat perjumpaan x ramai yg dtg..jadi aku masuk lajnah dia la..

Kami diberi tugasan utk menyenarai perancangan aktiviti bg setiap lajnah utk tahun ini..bila prjumpaan lajnah kitorang nk habis,sahabat aku tu ckp dia nk lntik ketua dan penolong ketua yg baru sbb mereka akan jd MPP so nk bg peluang utk org lain bagi memegang jawatan tu..aku dah nervous sgt dah time tu sbb aku sorang je lelaki dlm lajnah tu..sah2 la aku yg akan jd ketua...sahabat aku mncadangkn aku utk jd ketua...semua bg sokongan tp tak tahu la rela ke tidak..hahaha mungkin ada yg terpaksa setuju sbb aku je calon yg ada..

Untuk pemilihan penolong pula,sahabat aku tu tanya siapa yg sukarela nk jd..tp tak ada seorang pon yg bersuara..semua senyap jer..kertas jatuh pon boleh dgr..tp bila sruh bg cadangan,haaa masing2 nk tuding jari dkat org lain..aku senyap jer..lpas tu tunduk ..nk pndang diorang pon malu..ye la sape yg tak malu,dah la aku org asing yg dtg tengok perjumpaan diorang,tetiba aku pulak yg jd ketua..lpas siap berbincang utk pemilihan penolong ketua beberapa minit barulah penolong baru dilantik..

Sahabat aku suruh aku perkenalkan diri..alahai aku ni dah la pemalu + gadis2 solehah ramai kat depan = bertambah malu la aku..lpas tu giliran pnolong pulak..masa dia nk perkenalkan diri tu,aku beranikan diri utk tgk..tgk pon bkn utk apa,sekadar nk kenal penolong aku..bukannya nk minta nombor telefon..

Tuan punya suara tu bermata empat,suara manja2,sopan bila dia bercakap..hai tak kan la nk kata jatuh cinta lg..baru tgk sekali jer tak kan lah cinta..atau cinta pandang pertama???haha biarkan je la..lpas terpegun tgk keindahan ciptaan Allah tu,aku perbetulkn niat aku balik.."dtg sini nk study bkn nk cari pacar"..

Penolong aku tu sebenarnya kawan sahabat aku di SMKA, Zul(bukan nama sebenar) sewaktu mereka di sekolah rendah dlu....aku pon cerita la psl penolong aku kpd sahabat aku tu..hari berganti hari,minggu ke minggu,bulan ke bulan...aku mulai rasa kasih terhadap penolong aku tu..kami sama2 uruskan perniagaan lajnah,sama2 buat kerja,uruskan jualan...jadi, aku tak nafikan yg aku dah mula nk suka dkat gadis tu..aku ni jenis yg xsuka dan x pandai nk bermadah-madah ...aku prefer straight to the destination..mula2 aku hntar mesej kata2 nasihat,kata2 semangat..

Daripada tudung paras bahu dia mula berhijrah pakai tudung labuh..wallahualam aku x tahu sbbnya..insyaAllah dia berhijrah kerana Allah..bila aku dah ada keyakinan,aku kuatkan semangat utk bg tahu dia hajat aku selama ni..aku ckp yg aku nk meminang dia jika dia masih lg xde sesiapa dan jika dia setuju,aku nk teruskan hajat aku..rasa2 jawapannya mcm mna??hmm


"Muda lg nk ambik kisah prkara mcm ni"
"Nak habiskan study dulu"
"Jodoh itu dah ditetapkan"
"Ada org yg dah nk tggu saya..lg pon family saya dah knl dia"



Itulah antara ayat2 yg dia balas utk aku..bila dgr ayat yg keempat tu aku xlah kecewa sgt sbb aku dah memang bersedia utk hal mcm ni..aku komfomkan lg..nk tnye samaada lelaki tu memang betol2 nk tggu dia dan jadikan dia yg halal atau pun sekadar hangat2 monyet jer...xpelik sgt la even family dia kenal kan sbb duduk sekampung..dia ckp org dkat jgk lg pon dia xde apa2 lg dgn lelaki tu...so berdasarkan statement yg dia bg tu,aku masih simpan harapan utk dia lg..

Cuma aku nk tegaskan bg pendapat aku sendiri la..jodoh tu memang la dah ditetapkan Allah..tp klau kita tak berusaha untuknya,ia tak akan dtg bergolek..sbg contoh,kita nak buka laci tp kita serahkan semuanya ketetapan tanpa melakukan sebarang usaha..adakah laci itu akan terbuka??mungkin ya atau mungkin juga tidak..tetapi jika diizinkan Allah pon kita x tahu bila..mcm tu la klau keinginan tanpa usaha bg aku..ini sekadar pendapat aku saja..

Aku nk tahu la sikit detail pasal penolong aku tu..jadi aku bg tahu luahan hati aku dkat Zul sbb dia kan kwn pnolong aku masa mereka sekolah rendah..aku ceritakn semuanya pada dia termasuk niat dan hajat aku utk meminang dia..Zul tu baik orangnya...dia selalu bg aku semangat dan nasihat bila aku ckp pasal penolong aku tu..dia malah sokong cara yg aku buat..siap pesan lg bila nk kawin nnti sruh aku ajak dia..haha gurau kasar nmpak..

Disebabkan penolong aku tu ckp dia x nak ambil kisah lg bnda2 mcm ni so kita sama2 berkawan mcm biasa ..makin lama kita berkawan makin kuat prasaan kasih aku terhadap dia..
"Cinta tu anugerah Allah yg sgt luar biasa" bagi aku so aku x mahu perasaan ni dikotori dgn nafsu jahat..aku muhasabah diri utk mencintai dia kerana Allah..aku berusaha dari hari ke hari utk memikat hatinya dan utk jd hamba Allah yg soleh..

Setahun tu bagaikan sekelip mata ..program matrikulasi aku dah tamat dan Alhamdulillah CGPA yg aku dpt pon sudah mencukupi walaupun tidak cemerlang..Alhamdulillah..masa berlalu dgt pantas..skrg dah blajar di UPM..aku rindukan suasana dan kehidupan matrikulasi..begitu juga rasa cinta aku terhadap gadis matrikulasi tu yg x pernah2 tandus..aku masih mghantar nasihat kepadanya..cuba membaiki diri aku utk jd lebih baik daripada aku yang sblum ni..

Bila berada di sini UPM,aku mulai aktif dlm media sosial..kalau dah ada page sosial mesti org yg kita kasih first skali kita add kan..so mcm tu la..utk semua laman sosial aku add dia..aq tgk dan baca jer dia post nasihat dan kata2 tarbiyah..x berani aku nk komen..takut timbul fitnah

Yang bg aku suspen dan mula syak,bila gadis tu post something, Zul mesti like dan komen..mula2 aku rasa tu prkara biasa  sbb kawan yg lama x jumpa kan slepas zaman sekolah rendah..lagi pon gadis tu slalu post kata2 nasihat dan aku x pelik la jika Zul nk like pon...yg buat aku makin suspen ialah bila gadis tu kata nk balik kg la,nk pergi universiti la,baru sampai rumah la,Zul pulak yg slalu like..lelaki lain xde plak....siap bergurau lg..aku dah musykil sgt dah dgn diorang..

Aku tnye Manirah(bkn nama sebenar) pasal  pnolong aku tu  sbb mereka sahabat baik..aku desak Manirah utk bg tahu citer yg sebenar..
memang benar lah Zul yg tggu gadis yg aku minat.. mereka saling suka sama suka dan family gadis tu memang dah knl Zul lama dah..diorang sekampung..patutla bila gadis tu post something,Zul msti ada...aku paling terkilan dgn Zul sbb dia x bg tahu hal yg sbenar dari awl..klau dia ckp dari awl insyaAllah aku dpt terima tp dia malah dorong aku lg utk meminati gadis tu..tp xper dah ini bahagian aku..insyaAllah perancangan Allah itu lebih baik dan sempurna.....

Satu persoalan je yg wujud dlm qalbu ni..
"Adakah Allah dah takdirkan aku utk gagal dlm percintaan? " 

Semoga yg baik itu dijadikan teladan dan yg buruk itu dibuang sejauh-jauhnya....


-KunFayaKun-
("Jadilah",maka jadila ia )

                                                                                                                                               Bersambung
                                                                                                              



Di Mana Cintaku

Assalamualaikum wbr..
kisah yg akan sy ceritakan ini merupakan kisah benar hidup saya..bukan mahukan nama tetapi jika ianya mampu dijadikan teladan utk pembaca,saya amatlah berbesar hati..

Manusia memang tak akan pernah lari dari perasaan cinta terutama remaja.
Biasa la tu,time ni masing-masing dah rasa dewasa so nk cari pasangan la buat teman sehidup semati "katanyeee".Aku sendiri pon pernah merasai kemanisan zaman remaja dan sekarang aku masih lg seorang remaja...rasanya la...Umurpon baru mencecah 20 an...

Masa kat zaman sekolah dlu,aku tertanya-tanya bila la aku nk jumpa wanita yg sudi jd gf aku..haha maklumla time tu ilmu agama aku taklah kuat sgt even aku sendiri belajar kat SMKA."Don't judge a book by kulitnya"..memang betol lah pepatah orang putih tu bg aku..tak semestinya orang yg belajar dkat sekolah agama tu lebih baik dari mereka yg bersekolah dkat sekolah biasa..

Berbalik pd crita masa aku masih lg di bgku persekolahan,time tu memang ramai la member2 aku yg berkapel..aduhai macam2 karenah yg aku jumpa..klau diingat balik,memang ketawa sorang2 aku dibuatnya..aku sndri pon trjebak sekali..aku masa tu naqib..naqib yg jaga adik2 junior,bimbing diorang,bg usrah..haha bagus kan?ada satu mlm tu naqib dan naqibat nk buat prjumpaan dkat surau sbb nk bincang psl aktiviti utk adik2..dalam ramai2 naqibat tu,ada sorang ni aku berkenan sgt..bkn la nk mengata tp bg aku rupa dia tak la secantik yg lain tp mcm mana aku boleh berkenan dkat dia..dia plak ketua naqibat masa tu..bila dia brcakap je,semua org ketawa sbb cara dia brcakap..kalau berckap,dia la yg paling smngat..kitorang dgr jer dia potpet2..tp potpet2 dia pon ada mesej..

Pada suatu senja yg memukau,cewah aku duduk dkat beranda luar surau..memang style student asrama la bertingguk kat situ sbb nk tggu azan magrib..yg baik2 sume duk baca Quran tp yg nakal sikit haaa buat prangai mcm aku la..duk lepak kat luar surau..bila sume dah pergi ambek wuduk,aku duduk sorang2 dkat luar tu..bsandar kat dinding surau..tetiba terlintas kat fikiran aku nk tulis surat  dkat gadis tu...hahaha klau igt balik,senyum malu aku dibuatnya..aku tulis surat sbb nk bg tahu dkat gadis tu yg aku sukakan dia..dah tu nk jd psangan islamik (dlm islam kapel islamik sblum kawin xde yer tuan2 dan puan2)..dlm surat tu plak aku bahasakan diri aku ana dan aku pggl dia enti..hadoiyai..menyesal aku.




Dgn takdir Allah aku lupa yg tingkap kat ats kepala aku tu xde cermin..pdahal dah memang lama sgt dah tingkap kat situ xde cermin..lpas aku siap tulis surat tu,tetiba sorang kwn aku dtg dgn tersengih2..aku dah pelik tgk dia mcm tu..igt kan dah tersampuk..pastu dia ckp"ANA ENTI"...stress aku..rupa2 nya dari td dia intai aku tulis surat..memang kantoi la..malu yg amat aku masa tu..sejak dari hari tu bila jumpa je kwn aku tu,msti dia nk ejek aku..tp aku x ambil hati pon sbb aku tahu tu cara dia bergurau...bila 2 3 bulan dah berlalu,prasaan aku terhadap gadis tu dah hilang..mungkin prasaan mcm ni la yg dipanggil cinta monyet..maklumla masa tu ilmu agama xnak cari betol2..bila berkenan sikit mula lah ckp cinta hati la cinta pndang pertama la..hmmm manusia kan...bila dpt result spm,aku smbung belajar dkat Kolej MARA Kulim..haaa dkat sini pon byk jgk peristiwa yg berlaku..tp kbnyakannya sedih..tetapi insyaAllah ada pengajaranya..

Diharap dpt brsabar menunggu coretan hidup saya yg seterusnya..diingatkan sekali lg,perkongsian peristiwa dlm hidup saya bukanlah semata-mata kerana mahukan nama atau perhatian...saya cuma berharap jika ada kebaikan yg boleh dijadikan teladan utk pembaca dan keburukan yang harus dijauhi ..malah,jika Allah izinkan,saya ingin coretan saya ini dpt mnjadi bekalan utk saya pd kemudian hari..

-KunFayaKun-
("Jadilah",maka jadila ia )